Category: Products Blog
Hijjaz Women Drink

12/Oct/2011 11:00:11 PM
By DinarHijjaz
 Hijjaz Women Drink merupakan minuman yang diformulakan khas untuk kaum wanita. Ianya mengandungi kandungan herba¡Vherba terpilih yang diadun khas untuk rasa yang sedap tanpa mengurangkan sedikitpun khasiat herba adunannya.
Kandungan 9 dalam 1 mengandungi herba terpilih seperti Manjakani,Mas Cotek,Kacip Fatimah, Ubi Beet Merah dikuatkan lagi dengan Colagen yang terbukti baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit wanita.
MANJAKANI
Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.
Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:- • Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel. • Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah. • Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim. • Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj. • Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula. • Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa. • Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas. • Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin. • Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat. • Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata. • Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya. • Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang. • Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut. • Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak. • Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser. • Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.
MAS COTEK
Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) . Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Khasiat Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim dan merawat paru¡Vparu berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit ¡V birit. Kajian Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu: 1. Flavonoid o Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat o Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival 2. Tannis o Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur 3. Triterpenoids o Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient 4. Phenols o Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik
KACIP FATIMAH
Labisa pumila atau lebih dikenali sebagai Kacip Fatimah di kalangan masyarakat Melayu ialah tumbuhan herba berkayu yang tumbuh liar dan senang dijumpai di Malaysia dan Thailand yang terdiri daripada hutan hujan khatulistiwa pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut kerana kedudukan kawasan seperti ini yang redup dan mempunyai kandungan humus yang tinggi serta tidak menakung air. Kacip Fatimah boleh membiak dengan dua cara iaitu biji benih dan keratan akar. Tiga jenis variasi Kacip Fatimah yang boleh dijumpai di Malaysia ialah Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.
Namanya sedemikian rupa menyerlahkan ciri-ciri wanita bangsawan yang mementingkan gaya hidup sihat dan bersemangat tinggi sesuai dengan khasiat yang dimilikinya.
Khasiat
Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki melalui;
• Mencegah pembiakkan sel prakanser • Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen • Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang • Melewatkan proses penuaan. • Masalah keputihan • Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan. • Melancarkan proses kelahiran bayi. • Mengembalikan kecergasan selepas bersalin. • Membantu dalam pengecutan rahim • Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot. • Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid. • Mengurangkan simptom sakit buasir, rheumatism dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot. • Gonorrhea dan cirit birit. • Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan. • Mengembalikan rambut yang telah rosak dan mengatasi constipation.
Untuk wanita yang baru bersalin, KACIP FATIMAH membantu mempercepatkan penyembuhan rahim dan salur peranakan.
Otot faraj yang lemah dibentuk dan diperkuatkan untuk menghalang terjadinya gelinciran pundi kencing dan pembuangan air kecil yang tidak disengajakan.
Ia membaiki peredaran darah untuk meningkatkan perasaan dan keseronokan hubungan kelamin.
Kacip Fatimah juga mujarab untuk mengatasi kembung yang sering dialami oleh wanita yang bersalin, mempercepatkan sembuh selepas bersalin disamping meransang merapatkan faraj.
UBI BEET MERAH
Khasiat
• mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga • mengandungi vitamin seperti A, B1, B2, B6, dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit • pigmen merah dalam bit didapati berkesan bertindak sebagai agen anti kanser • mengandungi komponen ¡§Betaine¡¨ yang sangat berkesan membantu fungsi hati • asid nukleik dari bit menyubur dan membantu separasi sel • mengandungi Beta-Carotene dan Karotenoid yang merupakan anti-oksida • mengandungi pelbagai galian dan gula asli di mana secara saintifik dapat membantu membina darah dan kesihatan jantung (Pakar-pakar penyakit jantung dari Universiti of Wisconsin Madison, U.S menyatakan ¡§Ubi Bit Merah yang kaya dengan asid folik nutrien bagi membantu menghindari daripada serangan sakit jantung¡¨). • kaya dengan kalium,niasin,asid folik, zink, magnesium, fosforus, kalsium, sulfur, fodine, ferum, kuprum dan termasuk juga galian yang sukar didapati seperti Rabidum dan Cesium • membantu menyerap pelbagai nutrien yang diperlukan • perangsang dan pembersih ginjal • membantu merawat migraine • buang toksin.
KOLAGEN
Pengambilan kolagen bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda, tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita.
Kini, kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.
Kesihatan kulit
Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat. Susutan kolagen yang melembabkan pembentukannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya. Kini, para fanatik kecantikan terutamanya sedar akan penggunaan kolagen menawar, mengekal dan juga mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah yang kelihatan muda. Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit, tanpa perlu menjalankan operasi face-lift. Selain itu, dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badan yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut. Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.
Kuku dan rambut
Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein. Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.
Pengurusan berat badan
Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik. Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor pengambilan kolagen sebelum waktu tidur.
Sendi dan tulang
Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis. Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis. Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis.
Back | All Blogs
|