DinarHijjaz
  Home | Products | Opportunity | News | Events | Member | Manager | Info
Category: Products Blog
Hijjaz PowerDrink

12/Oct/2011 11:29:22 PM
By DinarHijjaz

Hijjaz PowerDrink ® diformulakan khas untuk lelaki.
Ia adalah minuman kesihatan ( 9 dalam 1) bukan sahaja baik untuk tenaga fizikal
malah tenaga dalaman lelaki. Kandungan Power Drink ialah Guarana, Ubi Jaga, Ginseng, Ubi Beet Merah, Kopi Arabica, Creamer, Gula Perang, Koko dan Foming.

Hijjaz PowerDrink mengandungi ekstrak Guarana sebagai kandungan utama yang terkenal sebagai bahan untuk meningkatkan daya ketahanan fikiran, mencegah keletihan dan meningkatkan stamina badan.

Minuman ini diperkuatkan lagi dengan ekstrak ginseng, ubi jaga, ubi beet merah.

******GUARANA******

Guarana atau nama botaniknya ¡§Paullinia Cupana¡¨ adalah sejenis tumbuhan rotan menjalar yang berasal dari basin Amazon di Brazil. Brazil adalah satu-satunya Negara di dunia yang menanam dan menghasilkan Guarana. Kawasan yang paling banyak menghasilkan Guarana ialah di sekitar Maues.
Purata jangka hayat puak asli Red Indian di bandar Maues adalah lebih daripada 80 tahun. Menurut perangkaan yang dikemukan oleh Dr. Eduado, bagi setiap 1000 orang penduduk di Meaus, terdapat 3 orang yang umurnya lebih daripada 100 tahun. Faktor utama yang membantu mereka hidup hingga berusia lanjut begini ialah manfaat yang mereka perolehi dari Guarana. Maues dikenali seluruh dunia sebagai ¡§bandar panjang umur¡¨.
Guarana amat berkhasiat kerana ia mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat galian dan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan manusia. Zat ¡Vzatnya mudah diserap oleh sel-sel badan dan dapat membantu memulihkan struktur sel badan kita, memelihara organ-organ badan dengan baik dan seterusnya membantu kita hidup hingga berusia lanjut. Kerana khasiatnya yang sangat tinggi, mereka yang mengamalkan memakan Guarana akan menjadi sihat, bertenaga, awet muda, dan hidup hingga lanjut usia.

Kelebihan Guarana
•Mengatasi kelesuan dan tenaga seksual
•Membekalkan tenaga berpanjangan
•Mengatasi dan membantu pencernaan
•Penahan lapar
•Nueralgia(sakit urat saraf) dan kesakitan ringan
•Memudahkan pernafasan(asma)
•PMS
•Menguatkan otot jantung
•Mengurangkan atau menghilangkan demam
•Mencegah jangkitan
•Membuang air berlebihan
•Membantu sakit kepala dan migrain
•Membantu mencairkan darah
•Anti oksida

******UBI BIT MERAH******

Dikatakan akar ubi bit merah sering digunakan oleh orang-orang China dan Eropah zaman dahulu kerana mereka percaya mengamalkan dalam pemakanan setiap hari akan memberi tenaga badan dan penjagaan kesihatan yang maksimum.

Antara khasiat yang lain:
•Membantu menyerap pelbagai nutrien yang diperlukan
•Perangsang dan pembersih ginjal
•Membantu merawat migrain
•Membuang toksin.
•Sel pigmen merah dalam beet didapati berkesan dapat bertindak sebagai agen anti kanser
•Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
•Mengandungi khasiat vitamin seperti A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan
tubuh dan kecantikan kulit
•Mengandungi kumpulan sel ¡¥Betaine¡¦ yg sgt berkesan membantu fungsi hati
•Terdapat khasiat Beta-Carotena dan Karatenoid yg merupakan anti-oksiden
•Terdapat pelbagai sumber galian dan gula asli di mana secara saintifik dapat membantu
membina darah dan kesihatan jantung
•Membuang toksik dalam badan

******UBI JAGA******

Pokok Ubi Jaga juga dikenali sebagai Pokok Dedawai Berisi. Ia merupakan sejenis pokok ubi.
Pokok Ubi Jaga mempunyai nama sainsnya sebagai smilax myosotiflora. Ia berguna untuk memulihkan tenaga batin lelaki (memulih tenaga seksual lelaki atau tenaga kelelakian).Merupakan sejenis tumbuhan semulajadi yang banyak terdapat di Malaysia.
Dalam sejarah perubatan tradisional, ia digunakan untuk menambah tenaga batin kaum lelaki termasuk membantu peredaran darah. Rumusannya:

•Mengatasi masalah kesihatan dan meningkatkan tenaga.
•Memulih tenaga batin termasuk membantu edaran darah dalam badan.
•Meningkatkan tenaga seksual lelaki.
•Tonik umum untuk lelaki.


******GINSENG******

Khasiat kesihatan ginseng telah terbukti sejak dahulu lagi dan telah disahkan juga oleh kajian sains. Masyarakat Cina telah menggunakannya sejak lima ribu tahun dahulu. Ia telah dicatatkan dalam rekod perubatan Sheng Nong Beng Cao Jing sebagai herba perubatan yang disanjung tinggi dan boleh dimakan secara berterusan dan tidak mempunyai kesan sampingan toksid.

Nama botanikal ginseng, Panax Ginseng telah diberikan oleh seorang saintis Rusia pada 150 tahun yang lalu. Panax bermaksud ¡§panacea¡¨ iaitu Penawar untuk semua jenis penyakit. Ginseng juga dikenali kerana khasiat penyuburnya memulihkan limfa dan menguatkan fungsi paru-paru, menenangkan fikiran dan merangsang fungsi mental. Memulihkan rasa lemah badan, melancarkan perkumuhan disamping menghilangkan dahaga.

Selepas bijinya ditanam, ginseng mengambil masa sekurang-kurangnya enam tahun untuk tumbuh, berbunga, berbuah, dan matang. Para peladang memetik kudup bunga ginseng sebelum ia sempat kembang dan berbuah supaya khasiat di dalam akarnya tidak digunakan untuk bunga dan buah.

•Memperlahankan penuaan
•Meningkatkan pengeluaran sel darah merah
•Meningkatkan stamina dan ketahanan
•Mencegah terkencing semasa tidur
•Memulihkan masalah jantung


Back | All Blogs

DinarHijjaz.com ©2009